Aussie Membuka Pasaran Sesi Asia dengan Cemerlang!

46

Aussie menyaksikan kenaikan pada Selasa disamping menanti laporan pembuatan swasta PMI dari China, manakala pasaran di Jepun masih ditutup hari ini.

AUD/USD didagang pada 0.7194, meningkat sehingga 0.10 peratus, sementara USD/JPY didagang pada 117.50.

AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Pasaran juga dikejutkan dengan tweet Trump berkenaan dengan rancangan Korea Utara untuk menguji peluru berpandu di antara benua Ballastik, kerana kuasanya mampu membawa peledak nuklear untuk sampai ke Pantai Barat AS.

Dalam masa yang sama, data pembuatan PMI Caixin dijangka menunjukkan penurunan kepada 50.7 daripada 50.9 yang dicatat pada November lalu.

Pada hujung minggu lalu, data rasmi PMI China yang dikeluarkan oleh Persekutuan Logistik dan Pembelian serta Biro Perangkaan Negara jatuh kepada 51.4 pada bulan Disember, sedikit lemah dari jangkaan awal.

Semalam, US Dollar kembali menguat selepas kehilangan momentum sejak 2 minggu lepas berbanding matawang utama yang lain pada Isnin.

Pada awal pembukaan sesi Asia, US Dollar Index kali terakhir dinilai pada 102.37 dengan sesi dagangan yang kecil sempena pasaran yang baru dibuka berikutan cuti Tahun Baru semalam.

US Dollar menutup tahun 2016 pada momentum cemerlang selepas dinilai pada paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun ekoran jangkaan Fed untuk menaikkan kadar tiga kali lagi tahun ini. Dasar Trump yang dijangka akan merangsang inflasi di AS juga menyemarakkan lagi semangat matawang ini.

EUR/USD Memulakan Tahun 2017 dengan Kejatuhan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat