Eur/Usd Memulakan Tahun 2017 Dengan Kejatuhan

65

Eur/Usd lemah dalam sesi dagangan hari ini berikutan kegagalam pair ini untuk meneruskan rally pada sesi terakhir dagangan 2016 pada Jumaat. Eur/usd ketika ini berada di paras 1.0467 yang jatuh 36% dari penutupan Jumaat.

Pasangan matawang ini spiked ke atas hampir 170 pip pada hari tersebut ke paras 1.0653 paras tertinggi sejak pertengahan Disember.

Tiada berita impak tinggi yang mengakibatkan spiked ini dan dipercayai ia disebabkan kurangnya jumlah dagangan menjelang cuti tahun baru dan kesempatan ini diambil oleh spekulator untuk memaksimumkan keuntungan mereka.

Hari ini Eur/Usd dilihat melemah dan sudah jatuh sebanyak 67 pip setakat pada masa artikel ini ditulis. Trader bagi pair Eur/Usd harus memberikan tumpuan kepada data-data dari US minggu ini berikutan data impak tinggi tumpuan yang akan diumumkan pada Khamis iaitu minit mesyuarat FOMC.

Pasaran akan mendapat penjelasan yang lebih lanjut tentang pendapat The Fed secara keseluruhan tentang keadaan ekonomi US ketika ini dan isyarat polisi monetari di masa akan datang.

Selain itu, data NFP bakal mewarnai minggu ini sebagaimana ia menjadi data tumpuan setiap bulan oleh trader di seluruh dunia. Data yang menunjukkan perubahan yang besar dan signifikan akan membawa pergerakan yang besar bagi pair Eur/Usd dan turun atau naik adalah bergantung kepada data positif atau negatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat