Harga minyak mentah meningkat sedikit dalam sesi Asia menjelang pengumuman data inventori mingguan dari AS.
Dagangan minyak mentah di New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.07 peratus kepada $54.07 setong. Dalam sesi ini juga, minyak Brent kali terakhir dinilai pada $56.45 setong.
Laporan minyak mentah mingguan dijadual akan dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika terhadap minyak mentah dan produk tapisan. Anggaran ini juga seterusnya akan diikuti oleh data rasmi daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga AS yang menunjukkan peningkatan minyak mentah sebanyak 2.85 juta tong dan penurunan sebanyak 2.008 juta bekalan petrol.
Semalam, minyak mentah didagang lebih tinggi walaupun kebimbangan terhadap peningkatan stok minyak mentah di AS masih menyelubungi pasaran. Kenaikan ini juga dikhuatiri akan mengehadkan momentum minyak mentah gara-gara peningkatan jumlah bekalan di Cushing, Oklahoma.
Bagaimanapun, pasaran kekal berharap agar OPEC boleh mengurangkan bekalan secara berterusan selepas Arab Saudi dan Iraq telah berjanji untuk mengejar sasaran mereka. OPEC dan beberapa pengeluar utama minyak mentah dunia telah berjanji untuk memerangi isu lebihan bekalan dengan menyekat hampir 1.8 juta tong minyak mentah sehari.