Ini Sebab US Dolar Tiba-Tiba Menguat Pukul 1 Pagi Tadi

68

Kaplan memberi sedikit sokongan kepada penguatan US dolar semalam. Presiden The Fed cawangan Dallas, Robert .S Kaplan dalam ucapannya pukul 1 pagi tadi waktu Malaysia mengatakan kenaikan kadar secepat mungkin adalah perlu.

Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘secepat mungkin’ dalam konteks komen beliau, Kaplan menyatakan The Fed perlu menaikkan kadar dalam masa terdekat. Ini sememangnya menunjukkan Kaplan menyokong kepada kenaikan kadar pada Mac ini.

Beliau juga berpendapat Amerika juga masih boleh mengurangkan lagi kadar pengangguran sebelum membuat sebarang kenaikan. Secara keseluruhan, polisi monetari semasa adalah begitu akomodatif dan The Fed sepatutnya mengurangkan  pelonggaran ini tetapi dengan cara perlahan-lahan. Katanya walaupun ada kenaikan kadar beberapa kali tahun ini, polisi monetari masih lagi akomodatif (loggar).

Dalam tempoh ini pasaran akan terus memberi perhatian kepada komen-komen dari The Fed dengan Gabenor Brainard akan berucap pada Rabu diikuti dengan Janet Yellen dan Naib Pengerusi The Fed, Fischer pada Jumaat.

Oleh itu, hujung minggu ini pasaran sepatutnya telah mendapat gambaran jelas tentang perancangan The Fed pada mesyuarat Mac ini.

Berikutan komen dari Kaplan ini, pasaran hadapan menunjukkan potensi kenaikan kadar The Fed pada Mac ini naik ke paras 50%. Hal ini menyebabkan US dolar menguat berbanding matawang utama dunia yang lain dengan Eur/Usd jatuh hampir 50 pip sejak pukul 1 pagi tadi sehingga semasa artikel ini ditulis. Manakala Usd/Jpy merekodkan kenaikan hampir 90 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat