The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di AS melaporkan inventori minyak mentah yang berkurangan sebanyak 2.2 juta tong pada minggu berakhir 07 April berbanding penambahan 1.6 juta tong yang dicatatkan sebelum itu.
Jangkaan kepada data kali ini ialah pengurangan 0.1 juta tong.
Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.
Data terbaru inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) pula merekodkan pengurangan stok sebanyak 1.3 juta pada minggu berakhir 07 April berbanding pengurangan 1.80 juta yang direkodkan pada minggu sebelum itu.
Harga minyak mentah global masih mengekalkan pengukuhan dalam sesi Rabu dengan keyakinan yang semakin meningkat bahawa OPEC akan melanjutkan pemotongan pengeluaran khususnya Arab Saudi.
Walaupun sesetengah negara didapati tidak begitu bersungguh-sungguh, usaha yang ditunjukkan oleh Arab Saudi telah memberi kesan yang ketara terhadap perjanjian ini. Menurut penganalisis pasaran minyak di Oanda Sinagpura, Jeffrey Halley, komitmen Arab Saudi yang mendahului pengeluar lain di dalam perjanjian ini telah memberi banyak rangsangan kepada pasaran.
Minyak WTI (West Texas Intermediate) jatuh dari paras tertinggi hari ini di $54.07 setong kepada $53.60 setong. Manakala minyak Brent (Brent-oil) jatuh dari $56.80 setong kepada $56.20 ketika ini.