Aussie merosot pada rekod terendah hari Jumaat selepas bank pusat mengatakan bahawa kadar tunai masih akan dikekalkan pada tahap 1.5 peratus buat masa sekarang.
Pasaran juga dikatakan sedang meneliti data NFP yang bakal dikeluarkan disamping keputusan pemilihan utama Presiden Perancis hujung minggu ini.
AUD/USD merosot sebanyak 0.19 peratus, manakala EUR/USD dinilai pada 0.08 peratus kepada 1,0975. Dalam sesi ini juga, USD/JPY meningkat kepada 0.11 peratus.
Sementara itu, dalam satu temu bual dengan CNBC, Gabenor Bank Pusat Jepun Haruhiko Kuroda, mengatakan di luar mesyuarat tahunan Bank Pembangunan Asia bahawa dasar pelonggaran monetari dengan lebih agresif dikatakan sedang memulihkan harga ke tahap yang lebih tinggi.
Pasaran Jepun ditutup pada minggu ini sempena cuti umum.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding sekumpulan matawang yang lain kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.99 peratus kepada 98.70.
Reserve Bank of Australia (RBA) menyiarkan kenyataan dasar monetari terbarunya pada hari Jumaat disamping beberapa kejutan mengenai jangkaan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh dua tahun akan datang. Tindakan ini juga secara tidak langsung memeberi isyarat bahawa bank pusat berkenaan masih akan mengekalkan kadar faedah pada tahap rednah memandangkan pertumbuhan gaji masih berada di tahap yang lemah.
Menurut Gabenor Philip Lowe dalam kenyataan terbabit, unjuran kadar pengangguran memberi isyarat kepada lebihan kapasiti di dalam pasaran buruh, yang berpotensi mengekang hasil gaji dalam tempoh akan datang.
Semalam, US Dollar juga merosot berbanding matawang utama yang lain kerana menimbang lonjakan matawang Euro ke tahap tertinggi dalam tempoh enam bulan apabila sokongan kuat masih berpihak kepada calon pro-Eu, Emmanual Macron.
Walaupun Fed mengeluarkan kenyataan yang agak agresif awal pagi Khamis, US Dollar menyusut daripada paras tertinggi apabila pelabur menghimpunkan jangkaan kepada matawang berkenaan menjelang undian terakhir pilihanraya Perancis hujung minggu ini.
Sementara itu, data ekonomi AS yang bercampur-campur gagal untuk mengangkat sentimen US Dollar apabila data tuntutan pengangguran menjunam melebihi jangkaan.
Dalam laporan berasingan, Jabatan Perdagangan AS memaklumkan bahawa data tempahan perkilangan meningkat sebanyak 0.2 peratus pada bulan Mac.
Logam Berharga Dinilai Sedikit Perlahan Menjelang Pengumuman Data NFP