Emas memasuki dagangan yang lebih perlahan sementara menanti laporan senarai gaji (NFP) yang akan dikeluarkan dari Amerika Syarikat bagi mendapatkan petunjuk mengenai jangkaan kenaikan kadar seterusnya pada bulan Jun. dalam laporan berkenaan, data pekerjaan dijangka meningkat kepada 185,000 individu berbanding yang dicatat pada bulan Mac.
Emas bagi penghantaran bulan Jun di bahagian Comex New York Merchantile Exchange meningkat sederhana sebanyak 0.08 peratus kepada $1,229.64 satu troy ounce. Juga di Comex, copper futures turut mencatatkan lonjakan sebanyak 0.16 peratus kepada $2.518 sepound.
Semalam, harga logam berharga ini terjun ke tahap terendah dalam tempoh enam minggu apabila keyakinan pelabur terhadap prospek kenaikan kadar bagai bulan Jun naik ke tahap tertinggi selepas Fed mengumumkan penetapan kadar penanda aras pada tahap tidak berubah dalam mesyuarat sebelum ini.
Melihat kepada Fed rate monitor tool, pelabur kini meletakkan jangkaan sebanyak 70 peratus terhadap potensi kenaikan kadar pada bulan depan.
Logam ini juga didagang tidak menentu gara-gara ketidaktentuan mengenai keputusan pilihanraya presiden Perancis yang semakin berkurangan berikutan prestasi kukuh calon pro-EU, Emmanuel Macron dalam perdebatan presiden menentang seteru kuatnya Marine Le Pen menjelang undian akhir, Ahad ini.
Emas agak sensitif terhadap pergerakan kadar Amerika Syarikat kerana ia bakal meningkatkan kos untuk mendapatkan komoditi berkenaan.
Dalam masa yang sama, data ekonomi AS yang diumumkan bercampur-campur gagal untuk mengekang kejatuhan harga emas selepas data tuntutan pengangguran awal jatuh melebihi jangkaan manakala factory orders merosot pada bulan Mac.
Adakah Data Terkini Pelantar Minyak Mentah Bakal Menghancurkan Pengukuhan Sesi Ini?