Adakah Data Terkini Pelantar Minyak Mentah Bakal Menghancurkan Pengukuhan Sesi Ini?

41

Harga minyak mentah meningkat sedikit dalam sesi dagangan sesi Asia pada hari Jumaat menjelang data kiraan pelantar yang bakal diumumkan hari ini. Selain itu, tumpuan pasaran masih diberikan kepada data NFP yang bakal menjadi petunjuk terhadap tahap kesihatan ekonomi Amerika Syarikat.

Niaga minyak mentah di New York Merchantile Exchange bagi penghantaran Jun meningkat sebanyak 0.02 peratus kepada $45.53 setong, manakala minyak Brent melonjak sebanyak 0.04 peratus kepada $48.40 setong.

Laporan yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan bahawa OPEC dan non-OPEC mungkin akan melanjutkan perjanjian untuk mengehadkan jumlah bekalan kepada separuh kedua tahun ini bagi membantu mengurangkan lebih bekalan di dalam pasaran.

Jumlah pengeluaran terkini dari AS akan dapat diteliti sebaik sahaja data kiraan pelantar diumumkan hari ini.

Memetik laporan daripada syarikat Baker Hughes minggu lalu, aktiviti penggerudian pelantar minyak di AS meningkat buat minggu ke 15 berturut-turut. Jumlah pelantar meningkat sebanyak 9 hingga 697 buah, ke tahap tertinggi sejak Ogos 2015.

Semalam, harga minyak juga ditutp lebih rendah sebanyak 5 peratus sekali gus menghapuskan keuntungan yang pernah dicapai sebelum ini gara-gara tindakan OPEC dan non-OPEC untuk mengekang jumlah bekalan di dalam pasaran.

Harga minyak mentah menjunam kepada $45.31 berhampiran paras terendah yang dicatat pada 30 November lalu iaitu pada $45.22.

Jepun, China dan Korea Selatan Bersetuju Untuk Menentang Sebarang Bentuk Perlindungan Perdagangan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat