Penetapan polisi monetari ECB yang terbaru akan diumumkan pukul 7.45 malam ini pada Khamis di mana pasaran menjangkakan tiada perubahan kepada polisi dengan keadaan ekonomi Zon Eropah yang menggalakkan dan inflasi yang terus meningkat.
Oleh itu, pasaran malam ini akan memberi lebih perhatian kepada sidang media pukul 8.30 malam.
“Kami tidak menjangka sebarang perubahan dalam pendirian ECB dan panduan ke hadapan iaitu ‘risiko pertumbuhan masih bergerak ke bawah’ dan kadar polisi dijangka berada di paras semasa atau lebih rendah di masa akan datang, dan melebihi jumlah pembelian aset semasa,” kata penganalisis di Nordea Market.
Penganalisis di ING turut bersetuju dan menjelaskan ‘data ekonomi akan masih mengekalkan pendirian tunggu dan lihat ECB’.
Walaubagaimanapun, Morgan Stanley meramalkan perubahan kepada jangkaan ekonomi dengan peningkatan ekonomi semasa yang dapat dilihat dalam data makroekonomi dan pengurangan dalam risiko politik selepas Macron memenangi pusingan pertama undian Perancis.
“Oleh itu, bank pusat sekurang-kurangnya perlu menyatakan keadaan adalah semakin baik,” kata pakar dalam notanya yang berbunyi “Preview ECB: Bermain dengan kata-kata.”
“Walaupun ECB belum bertindak, mereka seakan terus berhati-hati dalam memilih formula untuk menyatakan peningkatan ekonomi dengan risiko yang semakin berkurangan, seterusnya membuka jalan kepada pengurangan rangsangan monetari secara beransur-ansur.”
Secara keseluruhan, pasaran masih menjangka ECB akan mengekalkan pendirian sebelum ini. Jika terdapat sebarang isyarat sedikit hawkish sudah tentu melonjakkan matawang Euro.