Pasaran hari ini menyaksikan pergerakan tidak menentu (volatile) dalam pasaran tukaran matawang (forex) terutamanya bagi pasangan matawang yang melibatkan US dolar dan instrumen ‘safe-haven‘.
Pertama sekali kita akan membincangkan pergerakan pasaran selepas data inflasi CPI US yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam yang menyebabkan US dolar melemah, dan selepas itu pengukuhan semula US dolar 20 minit selepas data dikeluarkan iaitu sekitar pukul 8.50 malam.
Kita mulakan dengan data inflasi, yang mana menunjukkan bacaan 0.1% kurang daripada jangkaan di mana bacaan tahunan juga meleset daripada jangkaan. Ini menyebabkan kelemahan US dolar pada mulanya sehingga menyebabkan matawang XXXUSD melonjak.
Namun, lonjakan matawang-matawang ini tidak berpanjangan dengan timbulnya laporan bahawa terdapat perancangan Rusia-China untuk meredakan krisis antara US-Korea Utara.
Hal ini dilihat positif terhadap US sekaligus telah mengukuhkan US dolar terutamanya berbanding instrumen safe-haven seperti Yen, CHF dan emas. Pengukuhan oleh US dolar dilihat tidak berpanjangan dengan banyak lagi ketidaktentuan dalam krisis geopolitik ini di mana perancangan antara Rusia-China untuk meredakan ketegangan ini masih belum jelas.
Pasaran ketika ini dilihat lebih berhati-hati dengan ketidaktentuan kekal menyelubungi pasaran, dengan kedua-dua negara US dan Korea Utara saling mengancam, dan dilaporkan kedua-dua negara sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.