Menteri Ekonomi Jerman, Brigitte Zypries berkata kepada radio Deutschlandfunk pada Jumaat bahawa Jerman boleh memfailkan saman terhadap Presiden Donald Trump terhadap cukai sempadan yang telah dicadangkan.
Syarikat pembuat kereta Jerman dari jenama BMW itu merancang untuk membina sebuah kilang di Mexico dan mengeksport kereta ke Amerika Syarikat. Namun begitu, usaha itu seakan terbantut apabila Trump telah mengancam untuk mengenakan cukai sempadan sebanyak 35 peratus
Ketika ditanya mengenai tindak balas Jerman terhadap cukai yang dicadangkan, Zypries berkata bahawa ia adalah pendekatan yang agak sukar kerana melibatkan sistem percukaian.
Selain itu, Menteri Ekonomi itu juga mengatakan bahawa Jerman mempunyai pilihan untuk memfailkan saman terhadap Trump.
Hal ini kerana WTO jelas menetapkan tatacara bahawa mana-mana negara yang terlibat di dalam perjanjian tidak dibenarkan untuk mengenakan cukai melebihi 2.5 peratus ke atas import kereta.
Ini Yang Terjadi Kepada Dagangan Matawang Gergasi Dalam Sesi Ini