Ini Yang Terjadi Kepada Dagangan Matawang Gergasi Dalam Sesi Ini

49

US Dollar mula memperbaiki kedudukan dalam sesi ini selepas terjunam di paras terendah dalam tempoh lima minggu selepas Fed mengumumkan isyarat

Fed sebelum ini telah mengumumkan kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 1.00 peratus disamping mengekalkan unjuran sebanyak tiga kali kenaikan bagi tahun ini.

Penurunan US Dollar selepas pengumuman tersebut dikaitkan dengan kekecewaan pelabur yang mengharapkan petunjuk terhadap potensi kenaikan kadar keempat pada tahun 2017.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai menyusut sebanyak 0.1 peratus kepada 100.26.

Dalam sesi ini, US Dollar kembali meningkat sebanyak 0.1 peratus berbanding Yen kepada 113.44.

USD/JPY, 30 minit

Pada hari Khamis, bank of Japan menepati ramalan pasaran apabila mengekalkan dasar dan mengehadkan kadar faedah jangka panjang.

Dalam masa yang sama, Gabenor BoJ, Haruhiko Kuroda mengatakan bahawa kenaikan inflasi ke arah 1 peratus tidak akan mencetuskan kenaikan kadar dalam jangka masa terdekat. Kenyataan ini juga secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa bank pusat itu akan mengekalkan dasar ultra longgar buat masa ini.

Kuroda, yang mengetuai Jepun ke Jerman ke mesyuarat pemimpin G20 hujung minggu ini menafikan kenyataan bahawa BoJ akan meningkatkan sasaran hasil bon pada akhir tahun ini memandangkan laporan inflasi pengguna menunjukkan peningkatan menghampiri 1 peratus.

Dalam masa yang sama, Yen juga boleh diletakkan di dalam tekanan gara-gara isu skandal domestik urusan jual beli tanah yang telah mengurangkan sokongan terhadap kerajaan yang melibatkan Perdana Menteri Shinzo Abe.

Apa Sahaja Peluang Terhidang Akan Digunakan Sebaiknya Oleh Dua Gergasi Ekonomi Dua Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat