Apa Sahaja Peluang Terhidang Akan Digunakan Sebaiknya Oleh Dua Gergasi Ekonomi Dua Ini

58

Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden China, Xi Jinping dalam satu panggilan telefon telah bersetuju untuk bekerjasama di dalam perjanjian perdagangan dan pasaran terbuka.

Menurut salah seorang jurucakap di Jerman, kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan melalui telefon pada Khamis.

Selain itu, jurucakap terbabit memaklumkan bahawa perbincangan mereka berfokus kepada syarat-syarat sektor elektromobiliti di China yang akan membolehkan Jerman untuk mengembangkan industri tersebut di negara tembok besar itu.

Sektor elektromobiliti merupakan teknologi pembuatan kereta yang menggunakan elektrik sepenuhnya atau gas hidrogen bagi menjimatkan sumber tenaga di dunia.

Kedua-dua pemimpin itu juga telah bersetuju untuk meneruskan kerjasama terutamanya ketika pertemuan G20 yang bakal menyaksikan Jerman sebagai pengerusi mesyuarat itu pada tahun ini.

Hadam Analisa Fundamental Bagi Logam Berharga Dalam Sesi Asia Hari Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat