Hadam Analisa Fundamental Bagi Logam Berharga Dalam Sesi Asia Hari Ini

65

Dagangan sesi Asia pada Jumaat menyaksikan kejatuhan dari logam berharga apabila sentimen pasaran berada dalam keadaan tidak menentu berikutan risiko politik dan pandangan bercampur-campur terhadap kenaikan Fed pada tahun ini.

Emas di Comex mencatatkan dagangan menurun sebanyak 0.13 peratus kepada $1,225.45 satu troy ounce. Di tempat lain, komoditi silver futures menyusut sebanyak 0.24 peratus kepada $17.288 satu troy ounce manakala copper menjunam sebanyak 0.11 peratus.

Semalam, emas diniaga meningkat lebih ketara pada hari Khamis gara-gara kemerosotan yang dicatat oleh US Dollar. Matawang tersebut mula kehilangan kuasa apabila bank pusat mengambil pendekatan lebih dovish terhadap jangkaan kenaikan kadar yang seterusnya bagi tahun ini.

Fed juga meletakkan unjuran kenaikan kadar secara beransur-ansur bagi tahun 2017 dengan mengekalkan jangkaan tiga kali kenaikan dengan baki dua lagi kenaikan yang berpotensi dilakukan sehingga penghujung tahun ini.

Pengerusi Fed, Janet Yellen berkata dalam satu sidang media pada Khamis bahawa bank pusat AS akan terus mengekalkan dasar monetari sedia ada namun bukanlah dalam tempoh yang agak lama bagi mengelakkan situasi yang memaksa Fed dalam “menaikkan kadar dengan terlalu cepat”.

Beberapa data positif yang dikeluarkan dari AS termasuklah laporan tuntutan pengangguran juga tidak mempunyai sebarang impak kepada logam kuning malahan terus didagang di paras yang agak tinggi.

Beberapa Data Positif Dari AS Langsung Tidak Membantu Pengukuhan US Dollar

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat