Kadar pengangguran Zon Eropah kekal di paras 9.3% berbanding jangkaan yang lebih rendah iaitu 9.2% pada Mei. Walaubagaimanapun terdapat penurunan kecil dalam jumlah pengangguran pada Mei berbanding April dengan pasaran buruh dilihat kekal kukuh.
Kadar pengangguran telah jatuh dari 10.2% pada Mei 2016 dengan jumlah pengurangan pengangguran mencapai paras 1 juta sejak tempoh tersebut. Kadar terkini jumlah pengangguran adalah di paras terendah sejak Mac 2009.
Pengangguran dalam kalangan golongan muda juga jatuh pada tempoh sama, walaupun kadarnya tidak berubah di paras 18.9% berbanding 21.3% yang dicatat pada tempoh sama tahun lalu.
Jerman sebagai ekonomi terbesar di Zon tersebut mencatat kadar stabil di paras 3.9%, tetapi jumlah pengangguran meningkat di Perancis dan Itali yang mana mengekalkan kebimbangan terhadap beberapa ekonomi besar di Zon Eropah.
Indeks PMI sektor pembuatan merekodkan kenaikan kukuh dalam komponen pekerjaan pada Jun dengan pertumbuhan secara keseluruhan hampir mencapai paras tertinggi 20 tahun lalu pada Mei. Hal ini mengekalkan jangkaan kukuh terhadap pasaran pekerjaan jika kadar pengangguran terus jatuh.
Secara keseluruhan, keyakinan dalam pertumbuhan dan pekerjaan sepatutnya kekal kukuh dalam jangka pendek seterusnya mengekalkan tekanan kepada ECB untuk mengurangkan sokongan terhadap pasaran kewangan dengan pengurangan rangsangan ekonomi semasa.