Harga minyak susut pada pasaran Eropah hari Isnin selepas laporan aktiviti penggalian minyak di China yang perlahan, melemahkan jangkaan kenaikan kadar permintaan minyak akan datang, ditambah juga dengan hasil pengeluaran minyak US yang kekal tinggi.
Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) di dagangkan pada $48.48 setong setakat jam 6.40 petang, turun 35 sen atau 0.7%.
Minyak Brent di ICE Futures Exchange London pula susut 45 sen atau 0.84% kepada $51.66 setong.
Data daripada Biro Statistik Negara melaporkan, pengeluaran minyak di China meningkat 0.4% bagi bulan Julai, dengan jumlah 10.71 juta tong sehari, namun penghasilannya masih di bawah paras terendah sejak September 2016.
Perunding IHS Markit, Harry Liu berkata, “Pengeluaran berada di bawah paras yang dijangkakan, kerana permintaan tidak meningkat, dan bekalan hampir penuh”.
Walaupun permintaan perlahan di China, International Energy Agency (EIA) berkata pada hari Jumaat lepas, permintaan minyak akan meningkat kepada 1.5 juta tong sehari pada tahun ini, melebihi jangkaan sebanyak 1.4 juta tong sehari.
Secara keseluruhannya, bekalan minyak masih terkawal dengan pengeluaran yang banyak.
Berdasarkan nota selidik BMI, “Permintaan mengatasi jangkaan di antara pemaju baru dan lama, walau bagaimanapun, bekalan minyak dunia masih kekal tinggi dan ketidaktentuan pada pasaran akan berlaku sehingga tahun 2018”.
Pada 11 Ogos lalu, syarikat tenaga Baker Hughes melaporkan penambahan 3 pelantar minyak baru di US menjadikan jumlah penggalian minyak sebanyak 768, paling tinggi sejak April 2015. Kadar penambahan masih bergerak perlahan sejak beberapa bulan yang lalu kerana harga minyak yang rendah memaksa syarikat untuk mengurangkan perbelanjaan.