Gabenor Bank Pusat Australia, Philip Lowe memberi amaran kepada individu yang membuat pinjaman pada Khamis bahawa kadar faedah tidak akan kekal berada pada tahap yang rendah selama-lamanya memandangkan kadar hutang isi rumah meningkat selaras dengan kenaikan harga hartanah. Isi rumah dikatakan dibebani dengan hutang mortgage debt sehingga menjejaskan kadar penggunaan dan menyebabkan sasaran dasar menjadi semakin lemah.
RBA mengekalkan kadar tunai rasmi pada rekod yang agak rendah sebanyak 1.5 peratus pada Selasa sempena bulan kesembilan berturut-turut bagi menyeimbangkan risiko peningkatan hutang isi rumah dan pertumbuhan inflasi serta kadar upah yang agak rendah.
Namun begitu, gabenor bank pusat berkenaan turut mengingatkan bahawa isi rumah perlu bersedia dengan peningkatan kadar faedah satu hari nanti.
Beliau menyifatkan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan bukan untuk memberi bayangan terhadap kenaikan kadar dalam masa yang terdekat, tetapi lebih kepada peringatan dari masa ke semasa sebagai persediaan apabila kadar dinaikkan kelak.
Bank Pusat Australia juga tidak boleh mengharapkan kadar akan kekal berterusan berada pada tahap yang rendah.
Sebelum ini, RBA telah melakukan pemotongan kadar pada Mei dan Ogos tahun lepas bagi menaikkan permintaan domestik. Bagaimanapun peningkatan jumlah hutang telah menyebabkan ifnlasi terperangkap di bawah sasaran sebanyak 2 hingga 3 peratus.
Harga hartanah di beberapa bandar besar seperti Melbourne dan Sydney telah meningkat dengan mendadak masing-masing pada paras 15 dan 16 peratus.
Memetik kenyataan Lowe nisbah hutang dan pendapatan isi rumah telah mencecah paras tertinggi manakala gaji berkembang pada kadar paling perlahan menurut rekod. Hal ini amat membimbangkan kerana ia bakal menyebabkan ekonomi kurang berdaya tahan apabila berlaku sebarang kejutan pada masa akan datang.
Data Perdagangan Yang Tidak Memberangsangkan Mengheret Aussie Menyembah Bumi