Data Perdagangan Yang Tidak Memberangsangkan Mengheret Aussie Menyembah Bumi

121

Aussie menjunam dalam sesi Asia pada Khamis apabila data perdagangan dikeluarkan sedikit mengecewakan ditambah dengan data Caixin PMI dari China yang turut menambah tekanan.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding sekumpulan matawang yang lain menyusut sebanyak 0.04 peratus kepada 99.22, manakala AUD/USD didagangkan menurun sebanyak 0.19 peratus. Dalam sesi ini juga, USD/JPY sedikit berubah kepada 112.88 dengan kenaikan sebanyak 0.12 peratus.

Australia sebelum ini melaporkan bahawa data imbangan perdagangan bagi bulan Mac dikeluarkan merosot daripada jangkaan awal. China juga melaporkan bahawa data perkhidmatan Caixin PMI bagi bulan April dilaporkan menjunam kepada 51.6 berbanding dengan jangkaan sebanyak 52.6.

Awal pagi tadi, Fed telah mengekalkan kadar penanda arasnya tidak berubah pada tahap 0.75 – 1 peratus disamping menjangkakan prospek kenaikan secara beransur-ansur sepanjang tahun ini. Fed juga menekankan bahawa pertumbuhan ekonomi dinilai agak perlahan manakala perbelanjaan isi rumah hanya meningkat pada tahap sederhana pada suku pertama tahun ini.

Selesai pengumuman tersebut, US Dollar melonjak sementara emas dinilai merosot ke paras terendah dalam sesi disebabkan prospek kenaikan kadar pada bulan Jun semakin melonjak.

Pasaran Komoditi Hitam Semakin Tertekan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat