Pasaran Komoditi Hitam Semakin Tertekan!

47

Minyak mentah kehilangan momentum pada hari Khamis selepas menjunam satu daripada empat sesi sebelum ini dan didagang berhampiran paras terendah sejak akhir Mac apabila data inventori menunjukkan penurunan yang lebih rendah daripada jangkaan awal.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS memaklumkan bahawa stok minyak mentah AS menjunam kurang daripada jangkaan minggu lepas manakala inventori petrol meningkat kerana permintaan yang kekal melemah, terus menambah kebimbangan terhadap pasaran minyak global

Inventori minyak mentah jatuh sebanyak 930,000 tong pada minggu berakhir 28 April kurang daripada jangkaan sebanyak 2.3 juta tong. Inventori komoditi ini dinilai semakin merosot sejak empat minggu lalu, namun masih didagang 3 peratus lebih tinggi dari setahun yang lalu.

Minyak Brent yang juga menjadi penanda aras antarabangsa menjunam 15 sen atau 0.3 peratus kepada $50.64 setong. Dalam masa yang sama, WTI mentah kehilangan lebih 14 sen atau 0.3 peratus kepada $50.14 setong.

Menurut Bank ANZ, Data EIA juga hanya menunjukkan 930,000 tong penurunan disamping peningkatan pengeluaran dari AS bagi minggu ke-11 berturut-turut.

Namun begitu, walaupun ledakan stok masih membanjiri pasaran, pelabur terus meneliti dan memantau jumlah pematuhan perjanjian semasa untuk mengurangkan pengeluaran sekitar 1.8 juta tong pada pertengahan tahun ini.

OPEC juga dijangka akan melanjutkan perjanjian tersebut sehingga separuh pertama tahun ini.

Sehingga 1 Mei, Russia dikatakan menyumbang pemotongan pengeluaran paling besar dalam kalangan ahli non-OPEC dengan penurunan kira-kira 300,000 tong sehari sejak mencecah tahap tertinggi pengeluaran pada Oktober lepas.

Bagaimanapun, tinjauan terkini Reuters menunjukkan bahawa kadar pematuhan negara terbabit sedikit merosot.

OPEC dijangka akan bertemu pada 25 Mei bagi memuktamadkan keputusan sama ada ingin melanjutkan perjanjian kepada separuh kedua tahun ini ataupun sebaliknya.

3 Wakil Ekonomi Gergasi Dunia Ini Mula Membincangkan Masa Depan Hubungan AS dan China

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat