3 Wakil Ekonomi Gergasi Dunia Ini Mula Membincangkan Masa Depan Hubungan AS dan China

73

Memetik laporan Agensi Berita Xinhua, Timbalan Perdana Menteri China, Wang Yang telah mengadakan satu panggilan telefon dengan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross pada Rabu mengenai hubungan perdagangan AS dan China.

Menurut agensi berita itu lagi, ketiga-tiga mereka dikatakan bertukar-tukar pandangan dan idea bagi meningkatkan kerjasama ekonomi yang menyeluruh di antara kedua-dua negara.

Wang juga disifatkan sebagai wakil rasmi China yang bertanggungjawab untuk menjalankan dialog ekonomi, namun enggan mengulas lanjut mengenai panggilan tersebut.

Dalam masa yang sama, walaupun Presiden AS Donald Trump telah melemparkan pelbagai tuduhan kepada China semasa kempen, pemimpin ekonomi dunia terbesar itu sempat memuji tindakan rakan sejawatnya dari China berikutan cubaan untuk mengekang tindakan senjata nuklear daripada Korea Utara.

Trump juga dikatakan telah berjanji untuk menarik balik tuduhan terhadap China yang dilabel sebagai “memanipuasi matawang” dan mengenakan tarif terhadap barangan import China.

Laporan Semakan FOMC Membenam Momentum Logam Berharga

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat