Laporan Semakan FOMC Membenam Momentum Logam Berharga

44

Harga emas menjunam pada Khamis menjelang data nonfarm payroll (NFP) dan semakan dasar Fed awal pagi tadi telah memberikan kelemahan bagi logam berharga.

Emas bagi penghantaran Jun di Comex menurun sebanyak 0.53 peratus kepada $1,241.87 satu troy ounc manakala copper futures di Copper meningkat sebanyak 0.64 peratus kepada $2.533.

Semalam, harga emas diniagakan rendah pada Rabu selepas pengumuman data AS yang kukuh mencetuskan trend terbalik kepada US dollar disamping keuntungan yang dihadkan terhadap logam berharga.

Emas dinilai berhampiran paras terendah dalam tempoh tiga minggu selepas pengukuhan data pekerjaan dan perkhidmatan telah mendorong jangkaan kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Jun.

Institute Pengurusan Bekalan sebelum ini melaporkan bahawa indeks bukan perkilangan meningkat kepada 57.5 peratus pada bulan April berbanding 55.2 yang dicatat pada Mac.

Dalam laporan berasingan, ADP dan Analytics Moody menunjukkan bahawa syarikat AS mencipta 177,000 jawatan baru bagi bulan itu, diatas jangkaan sebanyak 175,000 pekerjaan.

Menurun jangkaan undian terkini, calon pro EU, Emmanuel Macron mendahului undian kira-kira 20 peratus melebihi undian Marine Le Pen.

Bagi dagangan logam lain, silver futures dinilai menjunam sebanyak 1.31 peratus kepada $16.611 satu troy ounce.

Ketahui Sentimen Yang Menimpa Matawang Sesi Asia Di Dalam Artikel Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat