Ketahui Sentimen Yang Menimpa Matawang Sesi Asia Di Dalam Artikel Ini!

31

Aussie menyusut dalam sesi Asia pada Khamis menjelang pengumuman data perdagangan di samping tumpuan pasaran yang diletakkan kepada data NFP yang akan dikeluarkan hujung minggu ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang yang lain menyusut sebanyak 0.01 peratus kepada 99.25. AUD/USD yang didagangkan kepada 0.7416, menurun sebanyak 0.09 peratus sementara USD/JPY didagang sehingga 112.88.

Di Australia data imbangan perdagangan bagi bulan Mac dilapor mempunyai lebihan sebanyak A$3.5 Billion. Kemudian, China melaporkan data PMI yang menjunam daripada jangkaan kepada 51.5 berbanding jangkaan sebanyak 52.6.

Semalam, Fed mengekalkan kadar penanda arasnya pada tahap 0.75 -1.00 peratus pada Rabu.

Fed juga dalam satu kenyataan mengenai kadar faedah, membayangkan kenaikan secara beransur-ansur pada tahun 2017. Dalam masa yang sama, Fed juga menekankan bahawa pertumbuhan dalam aktiviti ekonomi telah menjadi perlahan pada suku pertama disamping perbelanjaan isi rumah yang hanya menunjukkan peningkatan sederhana.

US Dollar melonjak manakala harga emas menyusut ke paras terendah dalam sesi ini gara-gara jangkaan pelabur terhadap prospek kenaikan kadar selanjutnya pada bulan Jun.

Menurut fed rate monitor tool, hampir 70 peratus pelabur menjangkakan bahawa Fed akan menaikkan kadar pada bulan depan berbanding 60 peratus sebelum keputusan kadar.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat