Komoditi emas menemui support dari pengukuhan matawang Euro dan sedikit kelemahan oleh US dolar. Ketidkatentuan akan menyelubungi minggu ini khususnya kepada emas dengan banyaknya peristiwa (event) impak tinggi yang akan dikeluarkan dalam ekonomi global terutamanya negara besar seperti AS dan Jepun.
Lewat sesi dagangan Jumaat, terdapat laporan yang mengatakan ECB membincangkan potensi kenaikan kadar sebelum berakhirnya program pembelian bon hujung tahun ini.
Laporan ini telah menyebabkan Euro menguat berbanding US dolar, Gbp dan Swiss Franc. US dolar juga gagal menguat walaupun data NFP dilihat kukuh.
Ketika ini hasil bon melemah dari paras tertinggi dengan hasil bon 10 Tahun AS jatuh semula di bawah paras 2.60% yang mana juga menyerap potensi tekanan penjualan logam berharga.
Data COT (Commitment of Traders) merekodkan penyusutan dalam pembelian emas di mana posisi spekulatif ketika ini berjumlah 133,685 kontrak pada minggu terbaru berbanding 163,798 sebelum ini. Data kali ini memberi petunjuk kegagalan emas untuk terus berada di atas $1250.
Secara keseluruhan, ketidaktentuan begitu tinggi minggu ini dengan komoditi emas dijangka akan membuat ‘consolidation‘ menjelang data penting inflasi AS yang dikeluarkan pada Rabu sehinggalah Khamis di mana penetapan kadar faedah The Fed akan diumumkan.