Indeks keyakinan pengguna yang merosot pada Januari merekodkan kenaikan ke paras tertinggi sejak 15 Tahun lepas pada Februari. Bacaan mencatatkan 114.8 naik dari 111.6 pada Januari.
Tinjauan keyakinan pengguna ini yang dikeluarkan setiap bulan dibuat oleh Conference Board oleh Nielsen satu organisasi terkemuka global dalam menyediakan maklumat pengguna.
Pengarah Petunjuk Ekonomi, Lynn Franco berkata, “Keadaan pengguna dan pekerja lebih baik pada bulan ini berbanding Januari. Keadaan pasaran semakin baik jika dilihat dengan sektor perniagaan dalam jangka pendek, tidak lupa juga kepada pasaran pekerjaan dan pendapatan. Secara keseluruhan, pengguna di US menjangkakan ekonomi akan terus berkembang beberapa bulan akan datang.”
Indeks situasi semasa naik kepada 133.4 dari 130.0 sebelum ini, manakala indeks jangkaan menguat dari 99.3 kepada102.4. Jumlah responden yang mengatakan keadaan perniagaan adalah baik susut sedikit kepada 28.7% dari 29% sebelum ini.
Jika dilihat dengan laporan hari ini, keyakinan pengguna dalam ekonomi, khususnya sektor pekerjaan akan membantu meningkatkan perbelanjaan pengguna beberapa bulan akan datang. Bacaan pada beberapa bulan lepas juga menunjukkan keyakinan pengguna walaupun ada sedikit kemerosotan pada Januari.
Tiada reaksi pasaran yang signifikan selepas data ini dikeluarkan, dengan US dolar gagal mendapat sokongan daripada data ini. Tumpuan pasaran akan terarah kepada ucapan Trump di hadapan Kongres esok.