Indeks keyakinan pengguna di US susut ke paras 111.8 pada Januari dari paras 113.3 pada Disember yang telah dikaji semula dari bacaan awal 113.7, dengan data kali ini rendah dari jangkaan 112.5.
Keyakinan pengguna naik mendadak selepas Trump memenangi pilihanraya November lalu dengan jangkaan ekonomi akan melonjak berikutan potongan cukai korporat yang dijanjikan beliau.
Indeks situasi semasa menguat ke paras 129.7 dari 123.5 sebelum ini, tetapi indeks jangkaan pula jatuh dari 106.4 kepada 99.8.
Jumlah responden yang mengatakan keadaan perniagaan adalah baik naik ke paras 29.3% dari 28.6% sebelum ini, manakala jumlah yang mengatakan situasi perniagaan adalah tidak baik jatuh dari 17.8% kepada 16.1%.
Keyakinan dalam pasaran pekerjaan semasa pula mengukuh dengan jumlah pekerjaan yang semakin bertambah, tetepi terdapat kejatuhan dalam jangkaan perniagaan di masa hadapan.
Dalam komponen ‘jangkaan pendapatan di masa hadapan’, pula susut secara signifikan dengan keyakinan kepada kenaikan pendapatan jatuh dari 21.5% kepada 18%.
Jika polisi fiskal yang diharapkan sebelum ini tidak menjadi kenyataan, akan menyebabkan kekecewaan kepada pasaran, begitu juga dengan jumlah rangsangan yang rendah. Keyakinan pengguna boleh susut semula disebabkan hal ini, kerana keyakinan secara keseluruhan yang kian suram kepada polisi pentadbiran Trump.