Harga emas didagang sedikit berubah berhampiran paras tertinggi dalam tempoh 3 setengah bulan dalam pembukaan sesi Eropah pada Isnin. Ketidakpastian terhadap dasar Trump menyebabkan kebanyakan trader lebih gemar mengambil pendekatan tunggu dan lihat daripada turut serta di dalam pasaran.
Pelabur berharap agar Trump boleh memberikan maklumat lanjut terhadap agenda ekonomi beliau, terutamnya yang berkait rapat dengan dasar cukai.
Prospek lanjut terhadap jangkaan kenaikan kadar Amerika Syarikat juga amat dinantikan oleh pelabur di dalam ucapan oleh Janet Yellen yang bakal diadakan minggu ini.
Niaga logam emas di Comex menjunam hampir $1.35 atau kira-kira 0.1 peratus satu troy ounce.
Selain dasar cukai, Trump juga dikatakan akan memansuhkan Affordable Care Act serta mengurangkan peraturan perniagaan.
Penganalisis memberi amaran bahawa sentimen pasaran boleh berubah dengan lebih mendadak jika Trump gagal untuk memberi langkah lanjut mengenai janji beliau itu.
Rancangan Trump telah dianggap sebagai punca utama di sebalik kenaikan mendadak pasaran saham beberapa minggu kebelakangan ini walaupun beliau masih belum menggaraiskan dengan terperinci mengenai dasar ekonomi beliau.
Juga di Comex, niaga silver futures bagi penghantaran Mei ditandakan pada 1.6 sen atau kira-kira 0.1 peratus kepada $18.42 satu troy ounce, manakala copper futures kehilangan kira-kira 1.1 sen atau sebanyak 0.4 peratus dalam sesi Eropah.
Tema Yang Dominan Buat Pasaran Minggu Ini ialah Ucapan Trump dan Pilihanraya Perancis