Presiden Donald Trump dalam kenyataannya di Twitter sebentar tadi mennyatakan bahawa beliau Presiden China Xi Jinping maklum mereka akan mendapat perjanjian perdagangan yang lebih baik dengan Washington jika mereka membantu Amerika Syarikat menyelesaikan masalah Korea Utara.
“Saya telah menjelaskan kepada Presiden China bahawa perjanjian perdagangan China dan AS akan menjadi lebih baik jika mereka turut menyelesaikan masalah Korea Utara!” tulisnya di Twitter.
“Korea Utara memang cari masalah. Jika China mahu menolong kami, ia adalah baik. Jika tidak, kami akan menyelesaikan masalah ini tanpa mereka!” tambahnya.
Trump sebelum ini bertemu dengan Xi Jinping di Florida minggu lalu dan Trump mahu China menyumbang lebih banyak untuk membendung Korea Utara.
Beberapa kali ujian peluru berpandu oleh Korea Utara telah megundang kritikan antarabangsa. China sebelum ini telah membuat sekatan kepada import arang batu dari korea Utara pada 26 Februari yang merupakan eksport terbesar negara itu.
Ketika ini, Korea Utara dilihat seakan bersedia untuk menjalankan ujian keenam peluru berpandu bila-bila masa sahaja yang dikesan oleh satelit di tapak ujian nuklear Punggye-ri.
Sabtu ini adalah ulangtahun ke-105 tahun kelahiran Kim II Sung, datuk kepada pemimpin tertinggi Korea Utara ketika ini Kim Jong Un.
Perbarisan tentera dijangka akan diadakan di Pyongyang untuk sambutan pada hari tersebut.