Aussie dolar adalah matawang paling banyak mengaut keuntungan pada Selasa berbanding US dolar. AUD/USD sehingga setakat ini merekod kenaikan 0.64% sehingga pukul 9.29 malam pada Selasa.
AUD/USD mendapat sokongan sejak daripada Isnin apabila Kiwi (NZD) mendapat sokongan daripada berita perlantikan Adrian Orr sebagai gabenor RBNZ yang dilihat lebih hawksih berbanding gabenor sebelum ini Graeme Wheeler.
Aussie meneruskan kenaikan walaupun data keyakinan perniagaan tidak begitu memberangsangkan.