Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:
1) Pasaran sedang menunggu pengumuman Presiden Trump tentang perubahan percukaian US hari ini dengan pasaran tidak berhadapan dengan data ekonomi penting pada Rabu. Trump dijangka akan mencadangkan pemotongan cukai pendapatan sebanyak 15% dari 35%. Setiausaha Perbendaharaan Mnuchin dan Pengarah Ekonomi Kebangsaan US Gary Cohn dijangka turut serta dalam sidang media tersebut pukul 1.30 tengah malam ini.
2) Bank antarabangsa semakin serius untuk berpindah ke Frankfurt menjelang keluarnya UK dari Kesatuan Eropah. Jangkaan jumlah pekerjaan yang akan berkurangan di UK adalah 4,000 hingga 232,000. Presiden EC (European Commission) Jean-Claude Juncker akan bertemu dengan Perdana Menteri May hari ini.
3) Harga komoditi hitam bergerak tidak menentu. Harga minyak WTI (West Texas Intermediate) kini didagang di sekitar $49.32 setong tidak jauh dari paras penutup yang direkod dalam dagangan sesi Selasa. Hari ini data inventori minyak US akan dikeluarkan oleh EIA pukul 10.30 malam.
4) Pasaran saham Asia mengekalkan momentum positif di mana Dow Jones ditutup lebih tinggi dengan Nasdaq kali pertama capai paras tertinggi 6,000. ASX 200 naik 0.8% dengan Nikkei 225 naik 0.9%.
5) Kanada tampil untuk menentang langkah Washington untuk mengenakan tarif terhadap import kayu yang kebanyakannya menyumbang kepada sektor perumahan di AS. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menolak tuduhan yang dianggap tidak berasas terhadap industri Kanada dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai keputusan yang tidak adil.