Harga emas memulakan dagangan yang agak lemah pada Khamis apabila lebih ramai pelabur menjangkakan kenaikan kadar oleh Fed pada bulan ini. Keyakinan terhadap prospek ini kekal kukuh walaupun sentimen kekal bercampur-campur kerana pasaran perlu menunggu satu hingga dua bulan lagi bagi mengetahui penjelasan lanjut mengenai pelan ekonomi oleh Presiden Trump.
Emas di Comex jatuh 0.26 peratus kepada $1,246.75 satu troy ounce manakala dagangan copper futures melonjak sehingga 0.29 peratus. Dalam masa yang sama, pelabur masih menunggu perkembangan terkini dari 2 lombong utama dunia iaitu di Chile dan Indonesia.
Semalam, niaga emas merosot gara-gara komen agresif dari pegawai Fed mengenai jangkaan kenaikan kadar yang diramal akan berlaku seawal bulan Mac.
Menurut Fed Rate Monitor Tool, jangkaan kenaikan kadar pada bulan Mac telah meningkat setinggi 60 peratus. Emas merupakan logam yang agak sensitif dengan pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat kerana ia berpotensi merubah harga logam ini.
Disamping itu, data ekonomi yang bercampur-campur dari Amerika Syarikat juga memberi sedikit impak kepada logam kuning apabila data pembuatan AS pada bulan Februari dikeluarkan meningkat dari data sebelum ini. Namun begitu, data pembinaan direkod agak lemah bulan lepas.
Perkembangan Terkini Pasaran Matawang Sesi Asia Ini Khas Untuk Semua Trader!