Selepas merekod pertumbuhan perlahan hampir sepuluh tahun, peningkatan pengangguran dan perdagangan yang perlahan kini Presiden Perancis yang dipilih Emmanuel Macron pada Ahad berkata beliau ada rancangan untuk melonjakkan semula ekonomi.
Macron yang pernah bekerja di bank pelaburan telah meninggalkan kerajaan Francois Hollande disebabkan kekecewaannya terhadap perubahan ekonomi yang perlahan. Beliau berjanji akan membaik-pulih pasaran buruh, memudahkan sistem percukaian dan pencen tidak lupa juga mengurangkan regulasi yang menghalang inovasi.
Tetapi beliau dijangka berhadapan dengan beberapa cabaran yang akan menghalang bekas menteri ekonomi Perancis ini.
Untuk melicinkan segala perjalanan agenda perubahan beliau, Macron memerlukan sokongan Parlimen. Ini bergantung kepada prestasi parti beliau dalam pilihanraya ligislatif bulan hadapan.
Walaupun Macron mendapat majoriti yang diperlukan, perubahan yang ingin dibuat memerlukan masa berbulan-bulan atau tahun bagi melihat hasil dari perubahan tersebut.
Macron menjanjikan pendekatan yang melonjakkan ekonomi yang bergantung kepada rundingan bersama Kesatuan Eropah,” kata Gilles Moec ketua penganalisis ekonomi Eropah di Bank of America Merryl Lynch.
“Saya faham srategi beliau, tetapi ia bukanlah satu yang akan menunjukkan hasil dalam masa yang singkat, ia memerlukan masa.”