Matawang berkaitan komoditi seperti Dolar Kanada terus tertekan dengan harga minyak mentah dunia kini mencapai paras terendah tujuh bulan lalu.
Harga minyak mentah berada di paras terendah pada Rabu apabila bukti kepatuhan perjanjian OPEC dan non-OPEC tidak memberi kesan signifikan kepada paras harga minyak.
Dolar Kanada kini melemah sehingga 130 pip berbanding US dolar sejak mencapai paras terendah minggu lalu. Minggu lalu lonjakan pasangan matawang Usd/Cad dibantu oleh komen Naib Gabenor Wilkins yang dilihat begitu hawkish.
Aud/Usd sejak Selasa jatuh 0.18%, manakala Nzd/Usd hampir tidak berubah.
“Pemangkin kepada kejatuhan matawang-matawang komoditi ini adalah disebabkan kejatuhan harga minyak sejak beberapa hari ini,” kata Valentin Marinov, ketua strategi matawang di Credit Agricole London.
“Persoalannya sekarang adalah adakah kelemahan harga minyak akan menyebabkan peralihan kepada sentimen risk-off.”
Matawang ‘safe-haven‘ Yen cenderung untuk mendapat sokongan apabila matawang komoditi dalam mood risk-on mengalami kejatuhan. Kini Usd/Jpy terus menyusut sejak semalam.
Matawang Eur/Usd ada mendapat sedikit sokongan pukul 4 petang tadi tetapi ia dilihat terhad.
Untuk matawang Sterling, ia dilihat masih di bawah tekanan selepas komen dari bank pusat dan juga perkembangan terkini parti DUP yang mengancam Theresa May untuk menarik diri daripada pakatan kerajaan.