Dolar New Zealand sejak daripada sesi Asia hari ini melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain. Hal ini dilihat banyak disebabkan oleh pengukuhan US dolar.
Satu lagi faktor negatif yang banyak mempengaruhi kejatuhan Kiwi hari ini adalah kenyataan Bank Westpac terhadap ekonomi New Zealand. Secara keseluruhan kenyataan tersebut menunjukkan prospek ekonomi yang suram di masa akan datang.
Westpac mengatakan “Ekonomi New Zealand akan goyah dalam beberapa tahun akan datang di mana kerajaan baru dan juga beberapa perubahan signifikan akan dibuat terhadap polisi ekonomi.
Imigrasi ke New Zealand semakin kurang, pasaran perumahan perlahan dan aktiviti pembinaan juga semakin perlahan.
Dengan keadaan semasa ini, adalah tidak mengejutkan perniagaan berasa bimbang. Apa yang perlu kita lihat adalah sejauh mana keyakinan perniagaan itu akan merosot. Bukan sahaja keyakinan terhadap ekonomi yang merosot. Perniagaan bimbang dengan apa yang akan terjadi dengan kejatuhan yang besar dalam sentimen di semua industri sejak beberapa bulan ini.
Dolar New Zealand ketika ini berpotensi mendapat kesan daripada bacaan jualan sektor pembuatan yang akan dikeluarkan pukul 5.45 pagi nanti.