Harga minyak dinilai tenang pada Jumaat selepas Arab Saudi dan Abu Dhabi mula mengurangkan bekalan minyak mentah, sekali gus menyokong pasaran dalam sesi ini. Namun begitu, masih terdapat keraguan bahawa tidak semua pengeluar akan mematuhi perjanjian tersebut.
Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa kali terakhir dinilai pada $56.85 setong, menurun 4 sen dari penutup sebelum ini.
Sementara itu, minyak WTI di Amerika Syarikat didagang pada $53.74 setong.
Pada Khamis, harga komoditi ini semkin meningkat kerana didorong oleh pemotongan bekalan dari Arab Saudi dan Abu Dhabi bagi mengekang lebihan global.
Menurut tinjauan Reuters, bekalan minyak mentah bagi bulan Disember yang dikeluarkan oleh OPEC secara keseluruhannya menurun sedikit kepada 34.18 juta tong sehari daripada 34.38 juta tong yang dilapor pada November.
Walaupun begitu, pelabur pasaran kekal meragui sama ada kesemua pengeluar utama akan mematuhi perjanjian ini atau tidak.
Merujuk kepada petunjuk teknikal, minyak mentah juga boleh jatuh kepada nilai support pada $52.16 setong.
PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!