Pasaran ekuiti Eropah dibuka sedikit tinggi pada Khamis selepas komen dovish oleh Janet Yellen dalam keterangan di hadapan Kongres US pada Rabu.
STOXX 600 yang menggabungkan 600 saham di Eropah naik 0.1% dalam pembukaan sebentar tadi dna setakat pukul 4.04 pm telah naik 0.19% kepada 385.64. Ini sejajar dengan prestasi saham Eropah dan saham-saham besar di rantau tersebut.
Pada Rabu majoriti penanda aras pasaran saham di Eropah merekod kenaikan tertinggi sejak kemenangan Macron dalam pilihanraya pusingan pertama di mana kaunter perbankan dan hasil-bon Eropah melonjak.
CAC 40 di Perancis setakat ini merekod kenaikan 0.22%.
DAX di Jerman pula setakat pukul 4.10 pm menokok 0.10%.
Di London FTSE 250 naik 0.22% dan FTSE 100 susut 0.05% setakat 4.14 pm.