Aliran modal ke pasaran saham dan bon Jepun jatuh mendadak pada minggu ini, seperti yang ditunjukkan oleh Kementerian Kewangan Jepun pada Khamis.
Pelaburan bon oleh rakyat Jepun di luar negara berkurangan sebanyak 539 billion Yen pada minggu berakhir 20 Januari. Jika dibandingkan dengan pelaburan asing ke dalam pasaran bon Jepun pada minggu berakhir 13 Januari meningkat 332.1 billion Yen.
Pelabur asing menjual 376.1 billion Yen saham di Jepun pada minggu lepas berbanding pembelian yang berjumlah 246.5 billion Yen.
Hasil-bon 30 Tahun Jepun juga telah melonjak ke paras tertinggi sejak 11 bulan lepas, berikutan sentimen ‘risk on‘ ke dalam pasaran saham.
Pasaran saham Jepun juga melonjak pada Rabu, dengan Indeks Nikkei 225 meningkat 1.5% kepada 19,057.50. Pasaran ekuiti global pula telah menunjukkan kenaikan khususnya di Wallstreet dengan keyakinan terhadap Trump.
Jepun tidak akan mengeluarkan sebarang data ekonomi yang signifikan pada Khamis. Jumaat pula, pihak kerajaan akan mengeluarkan data inflasi terbaru bagi Disember dan Januari. Harga pengguna melonjak pada Disember tetapi, inflasi-teras (core-inflation) merekodkan kejatuhan yang menunjukkan isyarat kepincangan yang berterusan di dalam ekonomi Jepun.