Minyak Brent (Brent-oil) kekal di bawah paras $50 setong pada Rabu masih gagal menembusi paras harga resistance tersebut berikutan peningkatan penawaran oleh OPEC.
Harga minyak mentah Brent didagang di sekitar $49.59 setong setakat pukul 4.40 pm yang tidak banyak berubah sejak pagi tadi. Minyak WTI (West Texas Intermediate) pula setakat ini berada di sekitar $47 setong.
Walaupun terdapat potensi untuk kedua-dua penanda aras minyak mentah dunia ini susut dalam masa terdekat, ia telah memulih sebanyak 12% sejak mencecah paras terendah 21 Jun lalu.
“Kenaikan minyak mentah perlu melepas halangan yang tinggi,” kata Stephen Schork, tambahnya, ia disebabkan peningkatan pengeluaran OPEC dan pengeluar di Amerika Syarikat.
Pengeksport OPEC menunjukkan peningkatan pengeluaran pada Jun, menurut penyelidik pasaran minyak mentah di Thomson Reuters.
Eksport minyak mentah OPEC pada Jun mencapai paras 25.92 juta tong sehari, lebih 450,000 berbanding Mei yang mencatat pengeluaran 1.9 juta tong.
“Kini inventori global berada di paras tertinggi lima tahun lalu dengan pengeluaran OPEC yang semakin tinggi, isu utama dalam pasaran ini adalah lebihan penawaran (oversupply),” kata Bank ING di Jerman.
Setakat pukul 4.54 pm, harga minyak mentah dunia dilihat jatuh dari paras tertinggi hari ini di mana minyak WTI dan Brent masing-masing jatuh dari $47.33 dan $49.88. Ketika ini, kedua-dua penanda aras ini didagang di sekitar $46.62 dan $49.02.