US Dollar melonjak berbanding Yen pada hari ini akibat desas-desus pasaran mengenai pertumbuhan Bank of Japan. Selain itu, Pound meningkat sedikit apabila permulaan langkah rasmi Brexit semalam tidak memberi kekacauan yang drastik kepada pergerakan matawang.
Dalam sesi Asia, USD/USD berubah kepada 111.22, GBP/USD melonjak sebanyak 0.11 peratus, manakala AUD/USD didagang stabil pada 0.7670 selepas laporan jualan rumah baru dari HIA meningkat 0.2 peratus, berbanding junaman yang dibuat bulan sebelumnya.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.11 peratus.
Semalam, US Dollar meningkat berbanding matawang utama yang lain apabil disokong oleh data jualan rumah yang positif dari Amerika Syarikat. Selain itu, kemerosotan Euro dan dan Pound menjadi faktor pengukuhan kepada pair US Dollar.
Matawang Greenback mula pulih daripada paras terendah dalam tempoh sebulan selepas Persatuan Hartanah Kebangsaan melaporkan jualan rumah meningkat sebanyak 5.5 peratus pada bulan lepas. angka mengejutkan itu juga jauh melepasi ramalan yang hanya menjangkakan 2.4 peratus peningkatan.
Tambahan pulan, beberpa komen daripada pegawai Fed juga membantu matawang tersebut dengan prospek kenaikan kadar tambahan tahun ini apabila Presiden Fed Charles Evans mengatakan bahawa dua lagi kenaikan pada tahun ini dinilai hampir pasti.
Dalam masa yang sama, Presiden Fed Boston, Eric Rosengren, meletakkan pandangan yang agak bullish terhadap kenaikan kadar pada tahun 2017.
Di tempat lain, Pound menjunam semalam, selepas Theresa May mencetuskan Article 50.