Segala retorik dari bank pusat dan trend dalam pergerakan hasil-bon global akan terus mendominasi arah pergerakan emas dalam jangka pendek dengan harga telah cuba menguji paras support $1,200.
Emas merekod kerugian dengan membuat U-turn selepas laporan NFP pada Jumaat yang jatuh dari paras $1,228.22 dan kini didagang di sekitar $1,211.50.
Hasil-bon US dan Eropah juga jatuh dari paras tertinggi minggu lalu yang mengurangkan potensi penjualan emas. Hasil-bon 10 tahun US ketika ini susut 0.53% dan trend pergerakan dalam hasil-bon akan terus menjadi fokus bagi melihat kecenderungan emas dalam jangka pendek.
Bagi pergerakan emas minggu ini, ia tetap akan berkisar dalam prospek pengetatan polisi dan tidak lupa juga jika ada risiko geopolitik sudah tentu menyokong komoditi berharga ini.
Satu lagi logam berharga iaitu perak berhadapan dengan kejatuhan mendadak minggu lalu apabila harga jatuh sehingga 11%. Walaubagaimanapun, penyebab daripada kejatuhan ini belum dapat dipastikan.
Dengan ketiadaan berita-berita fundamental, kejatuhan seperti ini biasanya adalah disebabkan dagangan algo sehinggakan perak mencapai paras terendah $14.34 setiap ounce.
Pasaran hadapan perak didagang di New York Mercantile Exchange yang dimiliki oleh CME Group.