Dolar Australia mengaut untung pada Selasa walaupun tinjauan perniagaan yang dikeluarkan kurang daripada jangkaan tetapi masih kukuh.
Aud/Usd didagang di sekitar 0.7556 naik 0.23%, manakala Usd/Jpy berada di sekitar 109.97 naik 0.03% setakat pukul 11.30 pagi waktu Malaysia. Gbp/Usd pula jatuh 0.08% kepada 1.2649.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain naik 0.07% kepada 97.22.
Sebentar tadi, Bank of Australia mengeluarkan laporan tinjauan keyakinan perniagaan (business confidence) yang menunjukkan bacaan positif tujuh berbanding sebelum ini positif 13.
Sejak semalam, US dolar didagang agak mendatar berbanding matawang global yang lain pada Isnin dengan jangkaan kadar faedah akan dinaikkan oleh Federal Reserve pada Khamis.
Menurut pasaran hadapan, potensi kenaikan kadar faedah The Fed kini berada di sekitar 90%, di mana pasaran menjangka kenaikan dari 1.00% kepada 1.25%.
Dengan kenaikan kadar telah dijangka oleh keseluruhan pasaran, para pelabur akan memberi perhatian kepada nada kenyataan dari The Fed dan juga nada Yellen dalam sidang media.
Pasaran hari ini akan berhadapan dengan laporan data harga pengguna UK yang akan dikeluarkan pukul 4.30 petang dan data harga pengeluar US pukul 8.30 malam.