Dolar Australia naik ke paras tertinggi berbanding US dolar pada Rabu yang dibantu oleh data memberangsangkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan di Australia di mana dolar New Zealand bergerak ke bawah.
Aud/Usd naik 0.39% atau hampir 50 pip selepas data pertumbuhan (GDP) tersebut dikeluarkan pukul 9.30 pagi tadi.
Biro Statistik Australia melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (GDP) meningkat 0.3% pada suku pertama 2017 melebihi jangkaan 0.2%. Berbanding dengan suku keempat 2016, GDP mencatat kenaikan 1.1%.
Nzd/Usd merosot 0.08% untuk didagang di sekitar 0.7179 selepas mencapi paras tertinggi dua bulan lalu 0.7207.
Untuk pasangan matawang major (major pair) yang lain tidak banyak berubah dari paras penutup sesi dagangan Selasa. Secara keseluruhan pasangan matawang US dolar banyak dipengaruhi oleh sentimen politik yang akan berlaku di US pada Khamis di mana James Comey akan membuat pengakuan di hadapan Senat US.
Para pelabur dilihat bimbang dengan pentadbiran Trump yang semakin goyah jika pengakuan Comey ini akan memberi risiko berterusan kepada Trump dengan ketegangan yang semakin memuncak dengan pihak Kongres US. Hal ini boleh menyukarkan lagi proses pembuatan polisi baru oleh Trump.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik 0.09% kepada 96.59 tidak jauh dari paras terendah tujuh bulan lalu iaitu 96.47.