US dolar bergerak tenang berbanding enam matawang yang lain pada Isnin selepas susut berikutan data-data lemah di Amerika Syarikat dengan pemain pasaran sedang menunggu lebih banyak komen dari ahli The Fed. Komen dari ahli bank pusat penting bagi mendapatkan isyarat kekuatan ekonomi sama ada ia akan bertahan terus bertahan.
Indeks US dolar setakat pukul 11 pagi tadi bergerak di sekitar 97.187.
Indeks ini telah meningkat ke paras tertinggi dua minggu lalu di 97.56 pada Khamis lalu selepas The Fed menaikkan kadar faedah dan meramalkan satu lagi kenaikan tahun ini. Tetapi pengukuhan ini terganggu oleh data perumahan US dan juga keyakinan pengguna pada Jumaat.
Pasaran kini menunggu komen dari Presiden Fed cawangan New York, William Dudley sebagai potensi untuk menyokong US dolar. Dudley, rakan rapat Janet Yellen akan berucap di Plattsburgh.
“Selepas data dikeluarkan pada Jumaat, Dudley boleh menunjukkan sama ada Fed masih akan meneruskan normalisasi polisi monetari,” kata Masafumi Yamamoto, ketua strategi tukaran matawang di Mizuho Securities, Tokyo.”
“Pendapat saya, Dudley tidak akan menggunakan nada dovish, dan hal ini membenarkan pengukuhan US dolar secara beransur-ansur.”
Usd/Jpy hampir tidak berubah sejak ketika ini, selepas melemah dari paras tertinggi hari ini 111.13 kepada 110.93.