Data KDNK Kanada yang dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi menunjukkan peningkatan sebanyak 0.4% pada November yang meningkat dari kejatuhan 0.2% sebelum ini. Kenaikan ini lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis sebanyak 0.3% dan pertumbuhan tahunan meningkat ke paras 1.6%.
Industri pengeluaran barangan merekodkan kenaikan 0.9% berbanding penyusutan 1.0% sebelum ini.
Manakala keluaran pembinaan pula susut 1.1%, manakala 1.4% kenaikan dicatatkan dalam sektor pembuatan yang menyumbangkan pertumbuhan tahunan sebanyak 0.6% kepada keluaran barangan durables dan non-durables.
Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan pula naik 0.2% pada bulan sama dengan bacaan tahunanan telah meningkat sebanyak 1.9%.
Data yang dikeluarkan pada hari ini mengesahkan keyakinan telah meningkat semula selepas kejatuhan yang dicatatkan pada Oktober, dengan ekonomi secara keseluruhan merekodkan pertumbuhan yang sederhana. Walaubagaimanapun, ramalan pertumbuhan masih dalam julat sederhana.
Data ini meningkatkan lagi potensi untuk Bank of Canada menunggu data-data di masa hadapan dalam jangka masa sederhana sebelum membuat sebarang keputusan sama ada ingin melonggarkan lagi polisi monetari sedia ada.
Dolar Kanada menguat sejurus data dikeluarkan, dengan US dolar ketika ini cenderung melemah selepas komen dari penasihat perdagangan Presiden Trump.