Laporan pada hari Khamis menunjukkan GDP China pada suku tahun ketiga sejajar dengan jangkaan, namun sedikit rendah berbanding pertumbuhan GDP pada suku tahun kedua yang mencatat pertumbuhan 6.9%.
Laporan Jabatan Statistik Negara China, menunjukkan GDP suku tahun ketiga bertumbuh sebanyak 6.8% berikutan usaha kerajaan untuk mengawal pasaran hartanah dan pemotongan risiko hutang.
Berdasarkan laporan statistik, ekonomi China bertumbuh dengan baik dan kukuh setakat suku tahun ketiga, mengatasi sasaran kerajaan yang mensasarkan ekonomi hanya bertumbuh dalam 6.5% pada tahun ini.
Menurut Kaori Yamato, pakar ekonomi di Institut Penyelidikan Mizuho, “Data tersebut menunjukkan hutang semakin berukurangan dan reformasi kerajaan membuahkan hasil. Pertumbuhan ekonomi tersebut berada dalam kadar yang sepatutnya.”
Laporan statistik juga menunjukkan data jualan runcit pada bulan September meningkat 10.3% berdasarkan kadar tahunan.
Gabenor bank negara China, Zhou Xiachuan mengatakan pada hari Rabu, China merupakan negara yang mempunyai ekonomi kedua terbesar dalam dunia akan beralih daripada pertumbuhan ekonomi yang pantas kepada pertumbuhan ekonomi yang berkualiti.
Ricard Torne, pengerusi penyelidikan ekonomi di Barcelona Focus Economics berpendapat China akan meneruskan reformasi mereka iaitu “managed deceleration” pada tahun 2018 kerana ingin mencapai pertumbuhan yang mampan.