Aktiviti industri sektor pembuatan U.S meningkat pada bulan September berdasarkan laporan industri yang dikeluarkan pada Isnin. Aktiviti perkilangan ini melonjak ke paras tertinggi 13 tahun lalu pada September dengan sokongan dari indeks tempahan baru.
Berdasarkan laporan institut pengurusan pengeluaran (ISM), indeks aktiviti pembuatan naik kepada 60.8 pada September berbanding 58.8 pada bulan Ogos.
Bacaan melebihi 50 menunjukkan prestasi positif sektor pembuatan manakala bacaan di bawah 50 menunjukkan prestasi negatif. Sektor pembuatan Amerika Syarikat mewakili 12% daripada keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat.
Indeks pekerjaan dalam sektor pembuatan meningkat kepada 60.3 berbanding 59.9 dan mengatasi jangkaan pengalisis yang menjangkakan bacaan 58.0.
Indeks tempahan baru meningkat kepada 64.6 pada bulan September berbanding 60.3 pada bulan Ogos. Indeks pembayaran harga meningkat kepada 71.5 dari 63.0 pada bulan Ogos, peningkatan ini merupakan peningkatan tertinggi sejak Mei 2011.
US dolar mengukuh secara signifikan selepas data ini dikeluarkan pada pukul 10 malam tadi dengan keyakinan terhadap aktiviti ekonomi di US walaupun dengan bencana Taufan Harvey dan Irma yang membadai Amerika Syarikat bulan lalu.