Pasaran saham Asia mengekalkan keuntungan pada Selasa dengan US dolar ketika ini menuju paras tertinggi empat bulan lalu berbanding Yen. Para pelabur global juga sedang menunggu keterengan Yellen di hadapan Kongres bagi mendapatkan sebarang isyarat tindakan bank pusat selepas ini.
MSCI indeks saham keseluruhan Asia Pasifik yang tidak mengambil kira Jepun naik 0.6% dengan sentimen yang disokong oleh kaunter-kaunter teknologi di Wallstreet.
Di Jepun, Nikkei 225 naik 0.53% yang didorong oleh faktor kelemahan Yen itu sendiri di samping prestasi memberangsangkan di Wallstreet.
“Situasi di Asia adalah tenang ketika ini kecuali situasi yang melibatkan Korea Utara,” kata Kyoya Okazawa ketua pasaran global, Jepun dan Korea di BNP Paribas.
“US dolar telah naik ke paras 114 berbanding Yen, dan ini telah mendorong saham di Jepun,” katanya.
Indeks US dolar ketika ini berada di sekitar 96.15 naik 0.13% setakat pukul 2.52 pm.
Pasaran saham Australia juga ditutup lebih tinggi pada Selasa dengan kaunter-kaunter untung adalah dari sektor carigali. ASX200 naik 0.08% dalam penutupan pasaran sebentar tadi.
Manakala di Malaysia KLSE setakat ini susut 0.04%.