Gabenor bank pusat New Zealand (Reserve Bank of New Zealand, RBNZ) Graeme Wheeler berkata pada Rabu bahawa perlunya nilai NZD yang rendah untuk menyokong sektor eksport dan menolak inflasi ke atas. Hal ini telah menyebabkan kejatuhan matawang NZD sejak pukul 12 tengah hari tadi.
New Zealand dolar biasanya mendapat permintaan yang banyak berikutan hasil daripada memegang matawang ini yang tinggi, di mana pembuat polisi bimbang kenaikan NZD akan mengganggu pengeksport.
“Kenaikan nilai tukaran matawang menjadi penghalang kepada sektor dagangan dan pengurangan kepada inflasi perdagangan menjadikan ia semakin sukar untuk mencapai sasaran inflasi bank pusat,” kata Wheeler.
NZD jatuh 30 pip sejak pukul 12 tengah hari tadi dan kini didagang di sekitar 0.7252 berbanding US dolar setakat pukul 2.58 petang.
“Beliau menegaskan perlunya nilai NZD yang rendah, ia sudah cukup untuk mengejutkan pasaran,” kata penganalisis ekonomi di BNZ.
Eksport semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu disokong oleh kenaikan harga produk tenusu yang merupakan eksport utama New Zealand. Walaubagaimanapun, apabila ekonomi sedikit perlahan pada suku-tahunan lalu, pembuat polisi dilihat cuba untuk melemahkan matawang.
Pelabur cuba menjual kiwi berikutan spekulasi bahawa bank pusat akan campur-tangan (intervene), walaupun ramai pedagang berpendapat bank pusat belum lagi ke arah itu.