Presiden Donald Trump memberitahu pembuat dasar U.S bahawa beliau mahu kerjasama dua parti dalam kerjasama reformasi cukai dengan tekanan ke atas beliau untuk meluluskan dasar atau rang undang-undang yang beberapa kali gagal digubal.
Pentadbiran Trump akan mengumumkan pelan rombakan cukai yang telah lama dinantikan pada Rabu.
Pelan reformasi cukai ini diusahkan oleh 6 ahli Rumah Putih dan beberapa ahli Republikan yang bekerja disebalik tabir dan memakan waktu berbulan-bulan tanpa melibatkan ahli Demokrat.
”Kami akan membuat potongan cukai yang besar bagi rakyat yang berpendapatan pertengahan,” kata Trump.
Ahli-ahli Republikan yang menguasai Rumah Putih dan dua dewan di Kongres masih belum berjaya meluluskan dasar-dasar yang signifikan sejak Trump menjadi Presiden.
Ahli senat Republik mengakui bahawa kegagalan dalam meluluskan Obamacare yang terbaru pada Selasa, telah memberi tekanan kepada parti untuk melakukan rombakan terhadap cukai pada tahun ini kerana sudah tertangguh beberapa kali.
Trump menggesa agar kedua-dua parti Republik dan Demokrat berganding-bahu merangka pelan reformasi cukai dan kesihatan.
Perincian pelan potongan cukai yang tersebar baru-baru ini menunjukkan cukai pendapatan korporat akan dipotong kepada 20 peratus dari 35 peratus. Rencana ini menetapkan tiga potongan yang berbeza untuk cukai perseorangan iaitu 12%, 25%, dan 35.% lebih rendah dari cukai tertinggi ketika ini 39.6%.
Kod Cukai U.S tidak pernah diperbaharui sejak 1986 sejak di bawah pimpinan Presiden Ronald Reagan. Sejak akhir-akhir tahun ini, keadaan ekonomi bertambah kompleks, ditambah dengan kekuranngan hasil cukai bagi menampung perbelanjaan kerajaan yang menyebabkan defisit fiskal.