Bitcoin telah membuat pemulihan dan berjaya melepasi harga $16,000 dan mencapai paras tertinggi $16,448 pada Rabu. Koin alternatif (altcoin) paling banyak membuat pemulihan adalah Ripple (XRP) di mana terus membuat kenaikan hari ini sehingga mencapai harga $1.2000 dan setakat pukul 8.41 malam berada di sekitar $1.1380.
Sentimen agak baik apabila terdapat ura-ura Ripple akan disenaraikan di Coinbase pada tahun depan.
Ripple berada di bawah nilai $1 sejak beberapa tahun sejak mula diperkenalkan, walaupun ia adalah antara matawang-Kripto yang terawal. Kini, terdapat spekulasi bahawa ia akan mencapai harga $2 menjelang hujung tahun ini.
Walaubagaimanapun, sasaran untuk Ripple ketika ini adalah $1.50 bergantung kepada citarasa pelabur dan pedagang menjelang hujung tahun ini. Sememangnya terdapat projek usahasama antara Ripple terutamanya dengan institusi perbankan Jepun dan Korea Selatan.
Sehingga Disember, Ripple telah pun disenaraikan hampir di 50 buah exchanges (bursa) matawang-Kripto di seluruh dunia.
Jika dilihat kepada modal pasaran Ripple ia telah mencapai tangga ke-empat dan sesekali naik ke tangga ketiga menolak Bitcoin cash (BCH) ke bawah. Walaupun begitu, ia bukanlah penentu utama kepada prestasi jangka panjang matawang-Kripto, tetapi pelabur melihat kepada penggunaannya dari segi transaksi atau jual-beli di pasaran.
Setakat ini, institusi perbankan masih menguji penggunaan Ripple dan bilakah ia akan digunakan dalam rangkaian transaksi antara bank masih menjadi persoalan.