Saham Global
Indeks utama Wall Street ditutup rendah, iaitu jatuh daripada bacaan tertinggi sepanjang sesi dagangan.
Namun kejatuhan saham dalam syarikat berkaitan tenaga diimbangi dengan kenaikan harga saham Amazon.
Pelabur juga mencerna data ekonomi kukuh, yang menunjukkan jualan rumah baru tunggal di US dijangka naik pada Oktober ke paras tertinggi 10 tahun di tengah tengah permintaan kukuh.
indeks Dow Jones Industrial Average mencatat peningkatan 22.79 mata atau 0.1% kepada 23,580.78. S&P 500 susut satu mata, atau 0.04 peratus, kepada 2,601.42. Nasdaq Composite turun 10.64 mata, atau 0.15 peratus, kepada 6,878.52.
Saham Asia dibuka rendah pada hari ini, jatuh daripada paras tertinggi 1 dekad lalu pada hari Selasa berikutan kekhuatiran pelabur terhadap pejualan saham yang banyak di pasaran saham China. Tambahan pula matawang U.S dolar susut didorong oleh tumpuan terhadap kemajuan reformasi cukai.
Indeks meluas saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun jatuh daripada paras tertinggi 1 dekad, namun pergerakan itu masih berada di landasan yang betul.
Indeks ASX 200, Australia menguat pada awal sesi dagangan Asia dengan catatan peningkatan 0.20% dan Nikkei dibuka rendah iaitu jatuh 0.3%.
Saham Malaysia
Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pagi ini, didorong oleh sikap pelabur untuk tidak ambil risiko di tengah-tengah sentimen lemah dan harga minyak yang rendah.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 6.1 mata pada 1,713.76 berbanding 1,719.86 penutup Isnin.